Thursday 22 September 2011

MARIKH

                 


Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Tuhan Peperangan Tamadun Rom (Tuhan Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :

  • 57.9 juta kilometer ke Utarid
  • 108.2 juta kilometer ke Zuhrah
  • 149.6 juta kilometer ke Bumi
  • 227.9 juta kilometer ke Marikh
  • 778.3 juta kilometer ke Musytari
  • 1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
  • 2,871.0 juta kilometer ke Uranus
  • 4,497.0 juta kilometer ke Neptun
  • 5,913.5 juta kilometer ke Pluto

Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang. 

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates