Wednesday 28 September 2011

ZUHRAH

                      


Zuhrah atau di dalam bahasa Inggerisnya Venus planet kedua terdekat kepada Matahari, mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga, tetapi jika dirujuk pada nama bahasa inggeris, planet ini dinamakan bersempena Venus, Tuhan cinta Rom. Ia merupakan objek semulajadi yang paling terang di waktu malam, kecuali Bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferior dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya  mencapai maksimum sebanyak 47.8°. Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut sebagai 
Bintang Pagi atau pun Bintang Petang.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates